Salam kecemerlangan...
Minggu pasca PMR pastinya melelahkan buat guru-guru tingkatan 3.Apatah lagi jika sekaligus terlibat mengajar tingkatan 5 juga.Namun sebagai guru yang cemerlang kita pasti akan melaksanakan yang terbaik.
Setelah kertas kerja dirancang lalu program pun dilaksakan.Pelajar kita sudah sinonim dengan masjid dan surau di tempat kita Insya Allah.Namun adakah mereka pernah melihat atau melawat masjid di luar dari negeri kita.Maka dalam pasca PMR ini kita bawa mereka mengenali masjid-masjid di Malaysia melalui internet dan menyusunnyaserta melabel dengan kreatif.Aktiviti di bawah Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Seri Alam,Masai,Johor yang dilaksanakan pada 24 Oktober 2013 di Surau Raudhatul Jannah ini nampaknya berjaya menyerlah kreativiti pelajar.
Walau pun mereka tidak dapat memijakkan kaki ke masjid-masjid tersebut, harapannya mereka berazam untuk sampai Insya Allah.
Wassalam
Friday, October 10, 2014
Tadarus Jamaie 2014
Nama Program : Tadarus Jamaie
Sasaran : Pelajar Islam yang datang awal serta guru
Tarikh/masa: setiap hari persekolahan (6.50-7.10 sesi pagi, 12.00-12.20 sesi petang)
Tempat : Dataran /Dewan Zaaba SMKBSA
Sasaran : Pelajar Islam yang datang awal serta guru
Tarikh/masa: setiap hari persekolahan (6.50-7.10 sesi pagi, 12.00-12.20 sesi petang)
Tempat : Dataran /Dewan Zaaba SMKBSA
Dataran dan Dewan Zaaba merupakan Serambi Surau Raudhatul Jannah SMK Bandar Seri Alam. Sebahagian besar program memanfaatkan lokasi ini. Secara tidak langsung semua ruang di sekolah ini adalah landasan untuk pelajar memperoleh info dan ilmu pengetahuan.
![]() |
| Tadarus dipimpin oleh Imam Remaja SMKBSA |
![]() |
| Guru-guru bersama bertadarus |
![]() |
| Pelajar datang seawal 6.45-7.10 pagi untuk bertadarus jamaie |
![]() |
| Kesungguhan |
![]() |
| Bahan bantu tadarus yang dilaminate |
![]() |
| Menambah pahala pagi Ramadan |
![]() |
| Barisan pelapis Imam Remaja SMKBSA |
![]() |
| Siapa yang mahukan kebaikan maka dia akan dapat kebaikan |
![]() |
| Pebuhi masa dengan bertadarus |
![]() |
| Tadarus Jamaie sesi petang 11.30-12.10 tengah hari |
![]() |
| Pelajar sesi petang menghayati tadarus dengan kesungguhan yang tinggi |
![]() |
| Bacalah dengan nama tuhanmu! |
![]() |
| Pimpinan pelapis sesi petang |
![]() |
| Hujan tidak menjadi halangan untuk bertadarus |
![]() |
| Guru-guru mengambil peluang bertadarus Moga usaha yang sedikit ini dikira sebagai amalan yang besar di sisiNya kelak. Wassalam |
Tadarus Al-Quran Pelajar 2014
Nama Program : Tadarus Al-Quran Pelajar
Sasaran : Pelajar yang mampu membaca Al-Quran sesi pagi dan petang
Tarikh/masa : sepanjang Ramadan (sesi pagi pada waktu rehat:10.00-10.20,sesi petang 11.30-12.00tgh)
Lokasi : Surau Raudhatul Jannah SMKBSA
Sasaran : Pelajar yang mampu membaca Al-Quran sesi pagi dan petang
Tarikh/masa : sepanjang Ramadan (sesi pagi pada waktu rehat:10.00-10.20,sesi petang 11.30-12.00tgh)
Lokasi : Surau Raudhatul Jannah SMKBSA
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan
2. Setiap kumpulan diberikan 2 juzuk
3. Pelajar akan membaca Al-Quran secara bergilir- gilir
4. Pelajar lain dalam kumpulan akan menyemak bacaan rakan mereka
5. Guru akan membimbing pelajar
Thursday, October 9, 2014
Ahlan wa sahlan
Bissmillahirrahmairrahim
Lafaz Bismillah pembuka bicara. Sebuah blog merakamkan aktiviti dan pengimarahan sebuah surau di dalam sebuah sekolah. Perkongsian yang baik moga dapat dimanfaatkan.
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

















