Friday, October 10, 2014

Kenali Masjid

Salam kecemerlangan...

       Minggu pasca PMR pastinya melelahkan buat guru-guru tingkatan 3.Apatah lagi jika sekaligus terlibat mengajar tingkatan 5 juga.Namun sebagai guru yang cemerlang kita pasti akan melaksanakan yang terbaik.

       Setelah kertas kerja dirancang lalu program pun dilaksakan.Pelajar kita sudah sinonim dengan masjid dan surau di tempat kita Insya Allah.Namun adakah mereka pernah melihat atau melawat masjid di luar dari negeri kita.Maka dalam pasca PMR ini kita bawa mereka mengenali masjid-masjid di Malaysia melalui internet dan menyusunnyaserta melabel dengan kreatif.Aktiviti di bawah Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Seri Alam,Masai,Johor yang dilaksanakan pada 24 Oktober 2013 di Surau Raudhatul Jannah  ini nampaknya berjaya menyerlah kreativiti pelajar.

       Walau pun mereka tidak dapat memijakkan kaki ke masjid-masjid tersebut, harapannya mereka berazam untuk sampai Insya Allah.




Wassalam